Oleh holly · 27/04/2026 · 0 paparan
KOTA KINABALU, 15 April 2026 – Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUP) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi tahun 2026, pagi tadi. Majlis yang dihoskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu berlangsung dalam suasana penuh muhibah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS). Turut hadir ialah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah serta Barisan Pemimpin Tertinggi Negeri Sabah Penganjuran majlis ini bukan sahaja memperkukuh kesepakatan hala tuju antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, malah mengeratkan ukhuwah antara pemimpin tertinggi dan jentera pentadbiran dalam suasana yang penuh kekeluargaan. Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah turut hadir ke Majlis ini dan sempat bersalaman dengan Toh Puan Isteri TYT Sabah & Isteri Ketua Menteri Sabah. #jassabah_april2026 #jassabah
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup