Koleksi Gambar / Aktiviti

Program Penanaman Pokok di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah sempena sambutan Hari Bumi 2026 Anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

Oleh holly · 24/04/2026 · 0 paparan

KOTA KINABALU, 21 April 2026 – Dalam usaha proaktif menangani perubahan iklim serta mempromosikan amalan lestari, Jabatan Alam Sekitar (JAS) NegeriSabah telah berganding bahu dengan Lions Clubs International hari ini untuk menanam sebanyak 30 batang pokok di beberapa lokasi sekitar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS). Program ini merupakan salah satu pengenalan awal menjelang sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri 2026. Inisiatif ini selaras dengan tema global "Our Power, Our Planet" yang memberi penekanan kepada pembudayaan amalan hijau dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat secara keseluruhan. Majlis penanaman pokok ini telah diketuai oleh Pengarah JAS Sabah, Y.Brs Puan Nor Rashidah Mohd Ghazali, bersama 40 orang pegawai jabatan. Antara spesies pokok yang ditanam termasuk Tembusu (Sakura Sabah), Eugenia, Bucida, Ketapang, Andira dan Bintangor, yang dipilih berdasarkan kesesuaiannya dengan landskap kawasan kompleks. JAS Negeri Sabah juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Sabah atas sumbangan anak pokok dan pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah atas sokongan. #jabatanalamsekitar #haribumi

Penganjur
JAS SABAH
Lokasi
sekitar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).
Fail / Media (4)
  • 20262404112443965.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404112453621.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404112504621.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404112515590.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS