Koleksi Gambar / Aktiviti

Borneo Ultra Ocean Cleanup (Siri 5) 2026

Oleh holly · 24/04/2026 · 0 paparan

Tempat : Teluk Likas, Kota Kinabalu Masa : 0600 pagi sehingga 0100 petang Pegawai Terlibat: Beberapa pegawai, pekerja dan pelajar praktikal dari JAS SABAH Perasmian oleh : Laksamana Pertama Kamalrulzaman bin Zainul Ahkmar - Panglima Angkatan Kapal Selam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sesi Borneo Ultra Ocean Cleanup (BUOC) Siri 5 kali ini memperlihatkan sinergi padu antara agensi kerajaan, termasuk penglibatan proaktif Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menjayakan program pembersihan pantai. ?Bagi program kali ini, pasukan JAS telah ditugaskan untuk melaksanakan pembersihan di Sektor C, berhampiran Masjid Bandaraya. Selain aktiviti pembersihan, JAS turut membuka Pameran Alam Sekitar yang memfokuskan kepada pengurusan E-waste, program EQMP, serta promosi keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS). ?Reruai JAS turut menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Kapal Selam yang diberikan taklimat mengenai sistem pemantauan kualiti air marin, air sungai, dan kualiti udara yang dilaksanakan oleh pihak jabatan. ?Sebagai perancangan masa hadapan, JAS berhasrat untuk memperkukuh kolaborasi ini melalui penyertaan dalam program pembersihan dasar laut bersama pasukan skuba pelbagai agensi dengan sokongan aset strategik daripada TUDM, Maritim Malaysia, Bomba, dan Polis Marin. ?JAS merakamkan penghargaan atas sambutan luar biasa orang ramai yang menyaksikan lebih 200 pendaftaran baharu ahli RAS berjaya direkodkan hari ini. Ayuh, sertai kami sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) melalui pautan: https://myras.doe.gov.my. ?Bersama kita menggalas tanggungjawab demi kelestarian alam sekitar!

Penganjur
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Lokasi
Teluk Likas, Kota Kinabalu
Fail / Media (10)
  • 20262404111600515.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111614963.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111624544.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111635928.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111646150.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111657135.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111706827.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111714952.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111724196.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404111734859.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS