Oleh holly · 24/04/2026 · 0 paparan
22 April 2026, Kota Kinabalu - Pelancaran Kempen Hindari Plastik Sekali Guna di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) telah berjaya disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah sempena Sambutan Hari Bumi 2026 Peringkat Negeri Sabah Majlis yang dimulakan dengan montaj Hindari Plastik Sekali Guna dan disusuli dengan Ucapan Aluan oleh Puan Nor Rashidah Mohd Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah memberi kesedaran tentang tindakan setiap individu dalam membantu mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Ucapan Perasmian dan Gimik Perasmian yang unik telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah. Pengisian utama majlis ini adalah penyampaian Beg Guna Semula kepada agensi persekutuan, penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Murid Sekolah, Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi untuk guru-guru. Inisiatif Kempen Hindari Plastik Sekali oleh JAS Negeri Sabah 1. Kempen Sudut Beg Guna Semula di kafe KPKPS * Warga KPKPS boleh letak beg guna semula di 1 sudut yang ditetapkan * Orang awam / warga KPKPS boleh ambil dan guna beg tersebut untuk letak ‘tapau’ makanan atau beli barang di kedai serbaneka 2. Kempen Guna Bekas Makanan Sendiri 3. Pengumuman Pertandingan Inisiatif Hindari Plastik Sekali Guna antara Agensi #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #haribumi2026 #jassabah_april2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup