PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL

JAS WP KUALA LUMPUR 24/04/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Balai Polis Trafik Tun HS Lee

Penerangan

23 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising secara bersepadu bertempat di Balai Polis Trafik Tun HS Lee. Operasi ini memfokuskan kepada pemantauan tahap bunyi bising kenderaan bermotor bagi memastikan pematuhan undang-undang sedia ada. Orang ramai ditegaskan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Kerjasama kolektif amat penting bagi menangani isu pencemaran bunyi demi kesejahteraan dan kelestarian persekitaran kita bersama. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama