PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN PREMIS KLINIK SEKITAR KUALA LUMPUR

JAS WP KUALA LUMPUR 24/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN PREMIS KLINIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

23 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas tiga (3) buah premis iaitu Klinik Pergigian Yeo (Jalan Raja Laut), Klinik Kong (Jalan Tun Razak), dan Klinik Pertama (Pekan Sungai Besi). Pemeriksaan ini bertujuan memantau tahap kepatuhan premis terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 serta memastikan tatacara pengendalian sisa klinikal mematuhi piawaian alam sekitar yang ditetapkan. Sehubungan itu, semua pihak pengurusan premis diperingatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Adalah menjadi penekanan Jabatan agar setiap pengendali premis kesihatan menggalas tanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan sisa secara sistematik dan selamat bagi menjamin kelestarian persekitaran serta kesejahteraan komuniti setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama