PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN SUSULAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TAMAN AWAM PERSEKUTUAN BUKIT KIARA

JAS WP KUALA LUMPUR 24/04/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN SUSULAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TAMAN AWAM PERSEKUTUAN BUKIT KIARA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Bukit Kiara

Penerangan

22 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan susulan bagi memantau penguatkuasaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak Projek Pembangunan Taman Awam Persekutuan, Bukit Kiara. Pemeriksaan ini difokuskan kepada pemantauan status pelaksanaan Notis Arahan melibatkan kerja-kerja penambahbaikan kawalan Best Management Practices (BMPs) yang telah dikeluarkan sebelum ini. Pemantauan berkala ini adalah kritikal bagi memastikan setiap Syarat-Syarat Kelulusan EIA dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi bagi mencegah pencemaran sumber air dan tanah. Pihak penggerak projek serta kontraktor ditegaskan agar sentiasa komited terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Integriti dalam pematuhan undang-undang adalah kunci utama bagi meminimumkan impak negatif terhadap ekosistem sensitif di Bukit Kiara serta menjamin kesejahteraan komuniti setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama