PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI RAKAMAN WAWANCARA KHAS, RTM KEDAH BERSAMA PENGARAH JAS KEDAH SEMPENA HARI BUMI 2026

JAS KEDAH 24/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI RAKAMAN WAWANCARA KHAS, RTM KEDAH BERSAMA PENGARAH JAS KEDAH SEMPENA HARI BUMI 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah

Penerangan

RTM Kedah telah mengadakan sesi wawancara bersama Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah mengenai peranan dan tindakan JAS Kedah dalam memelihara dan memulihara alam sekitar termasuk isu pembakaran terbuka serta tindakan konsistensi komuniti dalam melindungi sebarang ancaman perubahan iklim di Negeri Kedah. Wawancara ini adalah rencana khas untuk segmen Berita Wilayah RTM sempena Hari Bumi 2026. Tema Sambutan Hari Bumi Sedunia 2026 ialah "Our Power, Our Planet" membawa maksud bahawa kuasa untuk menjaga dan memulihkan bumi terletak pada kita semua bukan hanya kerajaan tetapi setiap individual selaras tema JAS iaitu Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak RTM Kedah yang sentiasa aktif dalam menyebarluas hebahan dan promosi kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat khususnya di Negeri Kedah.