PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

22 APRIL 2026 - SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

JAS MELAKA 24/04/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
22 APRIL 2026 - SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama SMK Tun Syed Zahiruddin telah menganjurkan Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 dengan jayanya. Pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan sasaran iaitu para pelajar dan guru terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan adalah: ?? Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Poster Digital bertemakan alam sekitar. Pertandingan ini telah diadakan melibatkan penyertaan sekolah menengah seluruh Negeri Melaka ?? Ceramah berkaitan pengurusan e-waste ?? Pameran Interaktif Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka ? Kuiz alam sekitar ?? Majlis menandatangani sijil jalinan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan SMK Tun Syed Zahiruddin Majlis perasmian Sambutan Hari Bumi ini telah disempurnakan oleh Tuan Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Semoga program seperti ini dapat terus memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang. #HariBumi2026 #JASNegeriMelaka #KelestarianAlam #SayangiBumiKita #ourpowerourplanet #kuasakita