Oleh sofea · 24/04/2026 · 0 paparan
13 April 2026, Kuching - Jabatan Alam Sekitar (JAS) lbu Pejabat dengan kerjasama Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan Kursus Kawalan Bahan Pemusnah Ozon Bil 1 Tahun 2026 pada 13 hingga 17 April 2026 di Kuching, Sarawak. Kursus ini telah dihadiri oleh 13 orang pegawai penguatkuasa JKDM, 7 orang pegawai penguatkuasa Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS), 2 orang pegawai Jabatan Keselamatan dak Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan 8 orang pegawai penguatkuasa JAS. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Norizan bin Yahya, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sarawak. Turut hadir bersama di Majlis Perasmian adalah Yang Berusaha Encik John Anak Rampai, Pengarah JAS Negeri Sarawak dan Encik Rasha Afzal bin Shafii, Penolong Kanan Pengarah Kastam, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia. Objektif kursus ini adalah untuk pembangunan kapasiti pegawai penguat kuasa yang berkaitan mengenai kawalan pengimportan dan pengeksport bahan-bahan pemusnah ozon dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap obligasi di bawah Protokol Montreal dan Pindaan Kigali. Peserta juga diberikan pendedahan mengenai prosedur import eksport oleh JKDM dengan lawatan berobjektif ke Pelabuhan Senari pada hari ke empat kursus. Taklimat diberikan oleh wakil Pelabuhan Senari iaitu Encik Ridzwan bin Jumin, Penolong Kanan Pengarah, JKDM. Majlis Penutup Kursus pada 17 April 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik John Anak Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, menandakan berakhirnya satu lagi inisiatif pengukuhan kapasiti penguatkuasaan. Diharapkan momentum kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan ini akan terus diperkasa ke arah penguatkuasaan yang lebih berkesan demi kelestarian alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup