Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Mesyuarat

SESI KONSULTASI MALAYSIA–JAPAN COOPERATION ON FLUOROCARBON MANAGEMENT BAGI PENGURUSAN KITARAN HAYAT REFRIGERAN (LIFE CYCLE REFRIGERANT MANAGEMENT)

Oleh sofea · 24/04/2026 · 1 paparan

15 APRIL 2026, TOKYO, JEPUN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghadiri Sesi Konsultasi Malaysia–Japan Cooperation on Fluorocarbon Management, yang berlangsung dari 13 hingga 15 April 2026 di Tokyo, Jepun. Lawatan kerja teknikal ini merupakan jemputan rasmi daripada Ministry of the Environment, Japan (MOEJ) yang diadakan secara kerjasama melalui public-private coorperation dengan Daikin Industries, Ltd. Delegasi JAS telah diketuai oleh Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara, dan diiringi oleh pegawai – pegawai dari Seksyen yang sama terdiri dari Puan Farah Diyana binti Rusli, Encik Mohd Farhan bin Mohamad Hashim, serta Cik Nur Fatihah binti Mohamad Zainol. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pengurusan kitaran hayat refrigeran atau Lifecycle Refrigerant Management (LRM) yang tertumpu kepada pertukaran dan perkongsian maklumat-maklumat termasuk berkaitan strategi pengurusan menyeluruh refrigeran, mekanisme pengurusan sisa daripada peralatan yang mengandungi refrigeran di akhir hayatnya, program kompetensi juruteknik serta penguatkuasaan perundangan. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen negara ke arah mencapai sasaran Net Zero 2050 serta merealisasikan konsep ekonomi kitaran bagi fluorokarbon dalam negara. Sesi konsultansi dan libat urus strategik bersama MOEJ ini juga melibatkan penglibatan pihak-pihak berkempentingan lain yang bertanggungjawab ke atas pelaksananaan aktiviti khusus di dalam skop LRM. Antara pihak yang terlibat adalah Japan Refrigerants and Environment Conservation Organization (JRECO), JARAC, dan Home Appliance Association yang dapat membantu Malaysia untuk menggariskan keperluan negara dalam mengadaptasi kerangka perundangan yang lebih kukuh, disokong oleh garis panduan industri yang praktikal. Melalui lawatan ke CREATE Reclamation Factory, delegasi berpeluang meninjau proses pemerolehan semula dan reklamasi refrigeran, termasuk penggunaan teknologi dalam pengurusannya. Lawatan ke Pusat Latihan Daikin pula memberi pendedahan kepada modul latihan teknikal yang komprehensif bagi memastikan juruteknik dilengkapi dengan kemahiran pengendalian refrigeran secara selamat dan berkesan. Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini memberikan gambaran yang lebih jelas kepada JAS mengenai pelaksanaan pengurusan kitaran hayat refrigeran (LRM) secara praktikal yang diaplikasi di Negara Jepun yang boleh dipelajari untuk diaptasi pelaksanaannya di Malaysia. Dapatan dan pengalaman yang diperoleh akan dijadikan rujukan dalam merangka dasar pengurusan refrigeran yang lebih menyeluruh dan berkesan di Malaysia.

Penganjur
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
TOKYO, JEPUN
Fail / Media (10)
  • 20262304143410904.jpg .jpg Buka
  • 20262304143415728.jpg .jpg Buka
  • 20262304143421119.jpg .jpg Buka
  • 20262304143426033.jpg .jpg Buka
  • 20262304143434834.jpg .jpg Buka
  • 20262304143445758.jpg .jpg Buka
  • 20262304143449898.jpg .jpg Buka
  • 20262304143455309.jpg .jpg Buka
  • 20262304143459415.jpg .jpg Buka
  • 20262304143506693.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS