PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KOMUNITI LESTARI – KUTIPAN E-WASTE & MINYAK MASAK TERPAKAI

JAS PAHANG 23/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI LESTARI – KUTIPAN E-WASTE & MINYAK MASAK TERPAKAI
Tahun
2026
Organisasi
WASCO COATINGS (M) SDN. BHD DAN PIBG SEK. KEB. BALOK BARU
Lokasi
BALOK BARU, PAHANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menyokong pelaksanaan Program Komuniti Lestari anjuran Wasco Coatings Malaysia Sdn. Bhd dengan kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Balok Baru melibatkan aktiviti kutipan e-waste dan minyak masak terpakai bertempat di Sekolah Kebangsaan Balok Baru, Kuantan. Program ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa secara berhemah dan pematuhan kepada peraturan alam sekitar yang berkuat kuasa. Selain itu, program ini turut menggalakkan pengurusan minyak masak terpakai secara sistematik bagi mengelakkan pencemaran saliran dan sumber air, di samping memupuk amalan kitar semula dalam kalangan komuniti. JAS Negeri Pahang amat mengalu-alukan penglibatan aktif semua pihak dalam usaha bersama memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.