Oleh hashikin · 23/04/2026 · 1 paparan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS PEMPROSESAN PLASTIK DI SIMPANG AMPAT 06 April 2026 | SIMPANG AMPAT – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan berkaitan sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan plastik di kawasan Simpang Ampat, Pulau Pinang. Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan penguat kuasa JAS Negeri Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan dan mendapati ia merupakan sebuah kilang yang disewakan serta digunakan bagi aktiviti cucian dan pemprosesan barangan plastik, termasuk pengoperasian mesin basuhan tanpa kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Sehubungan itu, tindakan serta-merta Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan operasi yang berpotensi menyebabkan pencemaran. Dalam masa yang sama, persampelan rasmi turut dijalankan dan sampel yang diperolehi telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis lanjut. Selain itu, satu Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik bagi memastikan tindakan pembetulan diambil dengan segera. Pengoperasian semula kelengkapan tersebut hanya akan dibenarkan setelah pihak premis mengambil langkah pembetulan dan mematuhi sepenuhnya keperluan yang ditetapkan oleh JAS. JAS menegaskan bahawa sebarang ketidakpatuhan terhadap undang-undang alam sekitar tidak akan dikompromi. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel ke [email protected] atau melalui portal e-Aduan di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup