Oleh hashikin · 23/04/2026 · 0 paparan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS DI BUKIT TEH, PULAU PINANG 6 APRIL 2026, SIMPANG AMPAT Pasukan Penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menerima aduan berkaitan sebuah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan skrap bercampur sisa elektrik dan elektronik. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas premis berkenaan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 34A(6), akta yang sama. Jabatan Alam Sekitar tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di bawahnya. Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari, atau melalui emel ke [email protected] serta portal e-Aduan JAS di https://app-eaduan.doe.gov.my/user/register/create. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup