Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA JABATAN ALAM SEKITAR 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Oleh nuraida.musa · 23/04/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi pelaksanaan Ops Gempur Bersepadu Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Penguatkuasa JAS 2026. Operasi berskala besar ini digerakkan secara serentak di seluruh negeri dengan penglibatan 27 pegawai penguatkuasa, termasuk dari Cawangan Temerloh, Cameron Highlands dan Rompin, serta diperkukuhkan melalui kerjasama strategik pelbagai agensi tempatan. Fokus utama operasi tertumpu kepada premis barang lusuh, kitar semula plastik dan Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDTBT) yang dikenal pasti berisiko tinggi terhadap pencemaran alam sekitar. Sepanjang operasi, pelbagai tindakan tegas telah diambil di bawah peruntukan undang-undang berkaitan, termasuk: 13 Field Citation 10 Notis Arahan 11 Syor Kompaun 1 Syor IP Tindakan Mahkamah 1 Penahanan Operasi Kelengkapan Ops Gempur ini membuktikan komitmen berterusan JAS Negeri Pahang dalam membanteras aktiviti pencemaran secara menyeluruh tanpa kompromi, di samping memperkukuh pematuhan industri terhadap peraturan alam sekitar. JAS Negeri Pahang merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat demi melindungi kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan awam.

Penganjur
JAS PAHANG
Lokasi
KUANTAN PAHANG
Fail / Media (7)
  • 20262304101007508.jpg .jpg Buka
  • 20262304101016020.jpg .jpg Buka
  • 20262304101024955.jpg .jpg Buka
  • 20262304101041800.jpg .jpg Buka
  • 20262304101051055.jpg .jpg Buka
  • 20262304101105778.jpg .jpg Buka
  • 20262304101122499.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS