Koleksi Gambar / Bengkel

PROSES PENILAIAN SLASS (SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) NEGERI PAHANG SESI 2025/2026

Oleh nuraida.musa · 23/04/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah melaksanakan proses penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Sekolah (SLASS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Penilaian ini melibatkan panel penilai yang dianggotai oleh wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN) serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Sebanyak 66 buah sekolah di seluruh negeri Pahang telah dinilai, merangkumi 53 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah, mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar di peringkat institusi pendidikan. Pelaksanaan penilaian ini bertujuan menilai tahap pelaksanaan elemen kelestarian di sekolah, di samping menyemai kesedaran serta membudayakan amalan mesra alam dalam kalangan warga sekolah. Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang akan terus komited dalam memperkasa program pendidikan alam sekitar sebagai usaha melahirkan generasi yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Penganjur
JAS PAHANG
Lokasi
Bilik Mesyuarat Anggerik, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Fail / Media (5)
  • 20262304095255428.jpg .jpg Buka
  • 20262304095312303.jpg .jpg Buka
  • 20262304095324288.jpg .jpg Buka
  • 20262304095332178.jpg .jpg Buka
  • 20262304095341335.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS