Oleh nuraida.musa · 23/04/2026 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan satu lawatan pemantauan di kawasan Tanjung Batu, Nenasi susulan aduan dan pengesanan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berkenaan. Pemantauan ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan menggabungkan penggunaan teknologi terkini dan tindakan lapangan. Antara langkah yang diambil adalah penggunaan dron bagi mendapatkan gambaran udara secara masa nyata, seterusnya membantu mengenal pasti kawasan terlibat dengan lebih tepat dan cepat. Selain itu, pihak JAS turut menjalankan siasatan terhadap titik panas (hotspot) yang dikesan melalui data satelit. Maklumat ini digunakan sebagai panduan awal bagi mengesan lokasi berisiko sebelum tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan di lapangan dijalankan oleh pegawai bertugas. Hasil pemantauan mendapati beberapa kawasan berpotensi berlakunya pembakaran terbuka dan tindakan susulan telah diambil termasuk pemeriksaan tapak, pengumpulan bukti serta nasihat dan peringatan kepada pihak berkaitan agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Lawatan ini turut disertai oleh pihak RTM Pahang bagi rakaman sesi slot “Selamat Pagi Malaysia” sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap kesan pembakaran terbuka kepada alam sekitar dan kesihatan. JAS Negeri Pahang akan terus komited dalam memperkukuh pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan, termasuk penggunaan teknologi dron dan data satelit, bagi memastikan kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup