Penerangan
Warna-warni sepanjang Seminar “Paradigma AKAS 1974: Satu Suara, Satu Misi, Alam Lestari”
Dari perkongsian ilmu, perbahasan perundangan, hingga kepada inovasi industri dan seminar ini menghimpunkan pelbagai perspektif dalam memperkukuh pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebagai tunjang utama pengurusan alam sekitar negara.
Setiap sesi membuka ruang kepada pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan pematuhan, penguatkuasaan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara.
Inilah manifestasi komitmen Jabatan Alam Sekitar dalam:
Memperkasa penguatkuasaan
Memudahcara pematuhan industri
Memacu transformasi ke arah kelestarian
Kerana menjaga alam sekitar bukan pilihan sebaliknya adalah tanggungjawab kita bersama.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#ParadigmaAKAS1974
#SatuSuaraSatuMisiAlamLestari