Penerangan
Sebanyak 29 premis perindustrian telah diperiksa sepanjang tempoh operasi dijalankan dengan beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ops Gempur ini membuktikan komitmen berterusan JAS Sarawak dalam memastikan pematuhan industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) & Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) yang turut terlibat di sepanjang tempoh operasi ini dijalankan.