PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PAMERAN SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KUMPULAN CAHYA MATA SARAWAK (CMS)

JAS SARAWAK 23/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KUMPULAN CAHYA MATA SARAWAK (CMS)
Tahun
2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS) pada 16 April 2026. Program ini telah berlangsung di Wisma Mahmud, Kuching, Sarawak. Sepanjang pameran berlangsung, aplikasi MyJAS EQMS telah diperkenalkan kepada para pengunjung di ruang pameran JAS. Penerangan berkaitan fungsi dan kepentingan aplikasi tersebut turut disampaikan bagi meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga CMS dan para jemputan terhadap usaha kelestarian alam sekitar. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan termasuk pendaftaran Rakan Alam Sekitar serta pengedaran bahan promosi seperti risalah berkaitan larangan pembakaran terbuka, jerebu, e-waste, pencegahan pencemaran sungai, dan amalan penjagaan alam sekitar.