Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PAMERAN SEMPENA PROGRAM PELANCARAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) 2026 BAHAGIAN KUCHING

Oleh charlie · 23/04/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Program Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2026 Bahagian Kuching (Jelajah ANMS 2026 Siri 1/2026) bersempena Kejohanan Muaythai Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sarawak 2026 dan Kuching Car Free Sunday, anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching pada 19 April 2026. Program ini telah berlangsung di Kuching Waterfront, Sarawak. Sepanjang program berlangsung, orang awam berpeluang mencuba alat Virtual Reality (VR). Di samping itu, aplikasi MyJAS EQMS turut diperkenalkan kepada para pengunjung di ruang pameran JAS. Penerangan berkaitan fungsi dan kepentingan aplikasi tersebut telah disampaikan bagi meningkatkan kesedaran serta pemahaman orang awam terhadap usaha kelestarian alam sekitar. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan termasuk pendaftaran Rakan Alam Sekitar serta pengedaran bahan kesedaran seperti risalah berkaitan jerebu, larangan pembakaran terbuka, pencegahan pencemaran sungai dan amalan penjagaan alam sekitar.

Penganjur
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak
Fail / Media (6)
  • 20262204151843978.jpg .jpg Buka
  • 20262204151850315.jpg .jpg Buka
  • 20262204151855552.jpg .jpg Buka
  • 20262204151902366.jpg .jpg Buka
  • 20262204151909458.jpg .jpg Buka
  • 20262204151921189.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS