PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN FIZIKAL PENGAUDITAN PRESTASI TERHADAP PENGURUSAN MINERAL NEGERI PERAK – PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN

JAS PERAK 22/04/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN FIZIKAL PENGAUDITAN PRESTASI TERHADAP PENGURUSAN MINERAL NEGERI PERAK – PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN
Tahun
2026
Organisasi
JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI PERAK
Lokasi
HULU PERAK

Penerangan

14 April 2026| Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyertai Lawatan Fizikal Pengauditan Prestasi Terhadap Pengurusan Mineral di seluruh Negeri Perak anjuran Jabatan Audit Negara Negeri Perak dan beberapa agensi yang lain seperti Jabatan Mineral dan Galian (JMG) dan Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG). YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak turut hadir bersama dalam lawatan tapak kawasan lombong di daerah Hulu Perak. Pihak Jabatan turut membantu menjalankan persampelan air bagi mengetahui kualiti air yang dilepaskan. Antara fokus pengauditan yang dijalankan adalah untuk menilai tahap pematuhan pengusaha terhadap perundangan semasa, amalan perlombongan yang baik serta aspek kelestarian alam. Semoga audit yang dijalankan dapat memastikan pembangunan industri mineral yang mampan dan bertanggungjawab. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama