Penerangan
21 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan di sekitar Bukit Bintang bagi menangani insiden pembakaran terbuka susulan aduan yang diterima daripada orang awam. Langkah proaktif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan dalam membanteras sebarang punca pencemaran udara di ibu kota.
Semua pihak ditegaskan untuk sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pihak Jabatan tidak akan bertolak ansur dan bersedia mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap sebarang pelanggaran bagi menjamin kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan warga kota.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama