PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL

JAS WP KUALA LUMPUR 22/04/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING KENDERAAN MOTOSIKAL
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Plaza Tol Sungai Besi

Penerangan

16 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Operasi Bunyi Bising Kenderaan Motosikal secara bersepadu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT KL), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertempat di Plaza Tol Sungai Besi (Arah Selatan), Kuala Lumpur. Seramai 41 pegawai penguat kuasa telah digerakkan dalam operasi ini, merangkumi 7 anggota JAS WPKL, 20 anggota JSPT, serta masing-masing 7 anggota daripada AADK dan JPJ. Fokus utama operasi adalah bagi memantau tahap pelepasan bunyi bising daripada kenderaan motosikal bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian alam sekitar yang ditetapkan. Dalam operasi tersebut, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak 11 ujian visual serta 5 ujian teknikal bunyi bising kenderaan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelanggaran peraturan yang membawa kepada pengeluaran 3 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A serta 3 kompaun terhadap pemilik kenderaan yang gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) serta peraturan-peraturan di bawahnya. Kerjasama semua pihak adalah kritikal dalam menangani pencemaran bunyi demi menjamin keharmonian dan kelestarian persekitaran bersama. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama