PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI BANDAR TUN RAZAK

JAS WP KUALA LUMPUR 22/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI BANDAR TUN RAZAK
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Bandar Tun Razak

Penerangan

20 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera susulan aduan orang awam mengenai aktiviti pembakaran terbuka di sekitar Bandar Tun Razak. Respons proaktif ini mencerminkan komitmen jitu Jabatan dalam menangani punca pencemaran udara demi menjamin kesejahteraan masyarakat setempat. Sehubungan itu, semua pihak diperingatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang bagi memastikan kualiti udara dan keharmonian persekitaran bersama sentiasa terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama