Penerangan
20 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan aktiviti pemverifikasian data punca pencemar melibatkan premis-premis klinik di sekitar Jalan Kuchai Maju 1 dan Jalan Kuchai Maju 2.
Langkah ini bertujuan bagi memastikan inventori punca pencemaran sentiasa dikemas kini dan tepat, seterusnya memperkukuh tindakan kawal selia serta penguatkuasaan kualiti alam sekitar yang lebih efektif di kawasan tersebut. Pihak premis turut diingatkan agar sentiasa mengamalkan pengurusan sisa yang mematuhi standard ditetapkan demi menjamin kelestarian persekitaran bandar raya.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama