Penerangan
20 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan penguatkuasaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pembangunan Taman Awam Persekutuan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Langkah pemantauan berkala ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Syarat-Syarat Kelulusan laporan EIA di setiap fasa pelaksanaan projek.
Pihak penggerak projek dan kontraktor diingatkan agar sentiasa komited dalam mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Integriti dan kepatuhan tinggi terhadap undang-undang adalah wajib bagi menjamin pembangunan yang mampan, sekali gus meminimumkan sebarang impak negatif terhadap komuniti setempat serta ekosistem persekitaran di Bukit Kiara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama