PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI SEPUTEH

JAS WP KUALA LUMPUR 22/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI SEPUTEH
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Seputeh

Penerangan

20 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera bagi menangani aduan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Seputeh. Tindakan pantas ini mencerminkan komitmen jitu Jabatan dalam membanteras punca pencemaran udara demi kesejahteraan komuniti setempat. Pihak Jabatan menegaskan agar semua pihak mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan pelanggaran, bagi memastikan kualiti udara dan kelestarian persekitaran bersama sentiasa terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama