Penerangan
17 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Perhimpunan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dilaksanakan hari ini dalam suasana penuh tertib dan disiplin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Jabatan, disusuli dengan penyampaian amanat penting oleh Puan Pengarah kepada seluruh warga kerja yang hadir.
Perhimpunan kali ini menjadi platform utama bagi Puan Pengarah untuk memberikan teguran dan peringatan tulus mengenai kepentingan amanah dan integriti dalam setiap gerak kerja. Beliau menekankan bahawa setiap warga kerja memikul tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan kedaulatan undang-undang alam sekitar sentiasa terpelihara.
Adalah diharapkan agar segala teguran dan amanat yang disampaikan dapat dijadikan iktibar serta pemangkin semangat untuk meningkatkan kualiti kendiri. Semoga seluruh warga kerja terus komited menjalankan tugas dengan jujur dan berwibawa, sekaligus memperkukuh imej jabatan sebagai agensi penguatkuasaan yang disegani.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama