Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN DAN PEMANTAUAN AWAL KEJADIAN TITIK PANAS DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN

Oleh normuhamad · 21/04/2026 · 0 paparan

Siasatan awal oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang berhubung kejadian titik panas di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kompartmen 13 pada 5 April 2026. Makluman awal diterima pada jam 6.49 pagi melalui aplikasi WhatsApp mengenai kewujudan titik panas di Mukim Batu, Kuala Langat. Susulan itu, pasukan penyiasat telah ke lokasi dan tiba sekitar jam 12.30 tengah hari, di mana pemerhatian mendapati terdapat kepulan asap di kawasan hutan dengan anggaran keluasan terjejas kira-kira 5 hektar. Pihak JAS telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Banting untuk tindakan pemadaman, dan satu pasukan telah dihantar ke lokasi. Tiada individu ditemui di kawasan tersebut, namun akses adalah sukar kerana ketiadaan laluan masuk yang jelas dan keadaan masih berasap serta berbahaya. Pemantauan menggunakan dron pada jam 1.00 petang mendapati sebahagian kawasan telah padam manakala sebahagian lagi masih berasap. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Banting direkodkan pada tahap sederhana iaitu 99 sekitar jam 2.00 petang. Semakan lanjut mengesahkan lokasi kejadian berada dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat di bawah seliaan Jabatan Perhutanan, yang sebelum ini telah menjalankan operasi pemadaman pada 1 April 2026 melalui pembinaan ‘firebreak’ dan pembasahan kawasan menggunakan ‘tubewell’. Namun, kawasan tersebut didapati kembali berasap semasa siasatan dijalankan. Kes ini masih dalam tindakan lanjut oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. JAS Cawangan Sepang akan terus menjalankan pemantauan di lokasi serta memantau trend bacaan IPU secara berkala di stesen Banting. Kes ini juga dirujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut, di samping pemantauan berkala akan diteruskan melalui rondaan zon di daerah Kuala Langat.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
KUALA LANGAT
Fail / Media (4)
  • 20262004164707405.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004164710764.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004164714577.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004164717577.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS