Oleh normuhamad · 21/04/2026 · 2 paparan
Operasi Gerak Bersepadu Kenderaan Motor oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa 2026 yang dijalankan pada 6 April 2026 dari jam 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam di lorong motosikal Plaza Tol Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang, dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Operasi ini memberi tumpuan kepada kawalan bunyi bising dan pelepasan pencemar karbon monoksida (CO) daripada motosikal di bawah beberapa peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan berkaitan. Sepanjang operasi, dianggarkan sebanyak 150 motosikal melalui lokasi pemeriksaan, dengan 40 daripadanya ditahan untuk saringan lanjut. Daripada jumlah tersebut, enam motosikal diarahkan menjalani ujian paras bunyi manakala 12 motosikal menjalani ujian pelepasan CO. Hasil pemeriksaan mendapati tiga motosikal gagal mematuhi had maksimum bunyi yang ditetapkan iaitu 95 dB(A), manakala tiga lagi gagal mematuhi had pelepasan CO sebanyak 4.5% seperti yang diperuntukkan dalam peraturan sedia ada. Susulan itu, pemilik atau penunggang motosikal yang terlibat telah dikenakan tindakan melalui Notis Arahan untuk menjalani pemeriksaan semula oleh Jabatan Alam Sekitar dan PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup