Oleh carolhumairah · 21/04/2026 · 0 paparan
16 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyambut kunjungan delegasi daripada Program Sarjana Sains Alam Sekitar, Sekolah Pascasiswazah Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia. Lawatan akademik ini merupakan pengisian utama bagi Program Praktik Kerja Lapangan (PKL) melibatkan para pelajar peringkat Sarjana (S2) universiti berkenaan. Kunjungan ini diisi dengan sesi pembentangan eksklusif oleh Puan Hajah Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah JAS WPKL, yang memberikan penjelasan mendalam mengenai aplikasi pengurusan alam sekitar di Malaysia. Sesi tersebut memfokuskan kepada kefahaman Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia serta bagaimana fungsi penguatkuasaan EIA dijalankan secara holistik oleh pihak Jabatan. Pihak Jabatan amat menghargai inisiatif kerjasama akademik rentas sempadan ini. Adalah diharapkan agar perkongsian input dan pengalaman melalui sesi pembentangan ini dapat memberikan manfaat signifikan kepada pengajian para pelajar, sekali gus memperkukuh jalinan kolaborasi antara institusi pendidikan antarabangsa dan agensi kerajaan demi kelestarian alam sekitar sejagat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup