PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Operasi Gerak Bersepadu Kenderaan Motor Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Bersempena Sambutan Hari Penguat Kuasa 2026

JAS SELANGOR 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Gerak Bersepadu Kenderaan Motor Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Bersempena Sambutan Hari Penguat Kuasa 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SEPANG

Penerangan

Operasi Gerak Bersepadu Kenderaan Motor oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa 2026 yang dijalankan pada 7 April 2026 di Perodua Sales Sepang dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Operasi ini memfokuskan kepada aspek pengurusan refrigeran di bawah peruntukan Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020. Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan bahan refrigeran dikendalikan menggunakan peralatan dan prosedur yang betul bagi mengelakkan pelepasan ke alam sekitar yang boleh menyumbang kepada pemanasan global. Selain itu, pemeriksaan turut memastikan premis tidak menyimpan atau menggunakan bahan refrigeran yang mengandungi bahan pemusnah ozon tanpa kebenaran serta dikendalikan oleh individu yang mempunyai latihan dan kelayakan yang sah. Premis juga dikehendaki menyimpan rekod pembelian bahan refrigeran untuk tujuan semakan oleh pihak penguat kuasa.