PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM EARTH TREK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

JAS SELANGOR 29/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM EARTH TREK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
AMPANG

Penerangan

25 April 2026, Ampang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Rakan Alam Sekitar (RAS) UiTM Student Chapter telah mengadakan Program Earth Trek 2026 sempena sambutan Hari Bumi 2026 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Jeram Kubang Gajah, Ampang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program tersebut. Program turut diisi dengan aktiviti plogging di sepanjang laluan earth trek. Program ini diharap dapat menggalakkan penglibatan masyarakat khususnya golongan belia dan memupuk penghayatan dalam penjagaan alam sekitar demi kelestarian alam sekitar dan pengekalan khazanah hutan simpan untuk generasi akan datang. "OUR POWER, OUR PLANET" #NRES