Oleh normuhamad · 21/04/2026 · 0 paparan
operasi bersama antara JAS Cawangan Sepang, Unit Gempur Marin (Unggerin), Unit Risikan Marin (URM) serta penguat kuasa MPKL yang dijalankan pada 13 April 2026 dari jam 3.15 petang hingga 8.30 malam di premis Ocean CTS Group Sdn Bhd di Telok Panglima Garang, Selangor. Premis tersebut didapati beroperasi sebagai gudang simpanan dan jualan barangan petroleum, namun tidak mempunyai lesen PBT dan tiada rekod dalam sistem eKAS. Semasa pemeriksaan, premis sedang beroperasi dengan kehadiran pekerja dan pemandu lori, dan semua individu terlibat telah dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat. Hasil siasatan mendapati premis menyimpan minyak hitam terpakai yang diklasifikasikan sebagai buangan terjadual di bawah kod SW305 tanpa kelulusan pihak Jabatan, sekali gus melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak sembilan skid tank dan lima IBC tank yang mengandungi kira-kira 130,000 liter bahan tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Tujuh sampel juga telah diambil untuk analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia. Dari segi pematuhan, premis didapati tidak patuh bagi aspek buangan terjadual, manakala aspek efluen dan udara tidak berkaitan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk pengeluaran Field Citation, notis arahan, kompaun, perintah operasi kawalan serta pembukaan kertas siasatan. Premis juga akan dikenakan tindakan oleh MPKL kerana beroperasi tanpa lesen sah. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah beberapa peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, termasuk kesalahan berkaitan ketiadaan lesen, kebenaran bertulis dan penyimpanan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup