Oleh normuhamad · 21/04/2026 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melaksanakan Operasi Gempur (OPS Gempur) Bil. 1/2026. Ops Gempur dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Perintah dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ops gempur ini melibatkan 7 cawangan/unit dan 13 pasukan penguatkuasa JAS Negeri Selangor. Sebanyak 32 premis telah berjaya digempur. Hasil pemeriksaan mendapati 15 premis tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas pelbagai kesalahan. Sebanyak 32 field citation, 29 kompaun, 16 Notis arahan dan 16 kertas siasatan telah/akan dikeluarkan terhadap premis-premis yang didapati melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah. Laporkan kes-kes pencemaran alam sekitar kepada JAS di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my/.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup