PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN TENTANG KILANG PEMPROSESAN AYAM DI BATU CAVES

JAS WP KUALA LUMPUR 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN TENTANG KILANG PEMPROSESAN AYAM DI BATU CAVES
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Batu Caves

Penerangan

14 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera terhadap sebuah kilang memproses ayam di sekitar Batu Caves. Tindakan proaktif ini diambil susulan aduan orang awam mengenai gangguan bau serta isu pengurusan sisa yang dipercayai berpunca daripada operasi premis tersebut. Pihak industri diingatkan agar sentiasa komited dalam mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pengurusan sisa dan efluen yang tidak sistematik bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti sumber air dan udara, malah memberi impak negatif terhadap kesejahteraan penduduk setempat. Pematuhan yang konsisten adalah kunci bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan keharmonian komuniti terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama