PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS KITAR SEMULA DI CHERAS JAYA, SELANGOR

JAS SELANGOR 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS KITAR SEMULA DI CHERAS JAYA, SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
CHERAS JAYA

Penerangan

9 April 2026, Cheras Jaya - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah mengadakan Operasi Gempur ke atas premis kitar semula di sekitar Cheras Jaya, Selangor. Siasatan mendapati terdapat buangan terjadual SW110 iaitu e-waste yang tidak diuruskan mengikut keperluan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap semua jumbo bag yang mengandungi e-waste tersebut. Premis telah diarahkan untuk menguruskan buangan terjadual di premis dan melupuskan buangan terjadual tersebut ke Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) yang dilesenkan oleh JAS. Pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan bagi memastikan premis sentiasa patuh kepada peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Semua pihak adalah diingatkan bahawa ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.