PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS KITAR SEMULA DI CHERAS JAYA, SELANGOR

JAS SELANGOR 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS KITAR SEMULA DI CHERAS JAYA, SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
BANGI, SELANGOR

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah mengadakan siasatan aduan mengenai pencemaran udara dan air yang berlaku di tapak pembinaan rumah bertingkat sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 2 April 2026. Siasatan mendapati terdapat air cucian simen yang mengalir ke longkang awam. Siasatan juga mendapati alat kawalan pencemaran udara iaitu bag filter berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap inlet dan paip cucian air. Notis arahan telah dikeluarkan bagi mengarahkan premis untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaran kolam cucian dan menukar bag filter dengan kadar segera bagi mengelakkan pencemaran habuk ke udara. Pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan bagi memastikan premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.