Oleh normuhamad · 21/04/2026 · 0 paparan
8 – 9 April 2026, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor telah menjadi tuan rumah bagi Sesi Jelajah Forensik Alam Sekitar JAS 2026 Zon Selatan. Sesi jelajah ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan kapasiti pegawai JAS, khususnya dalam bidang penyiasatan forensik alam sekitar. Sesi jelajah forensik ini melibatkan pegawai daripada JAS Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai JAS telah diberi taklimat pengenalan dan latihan mengenai kaedah penggunaan peralatan forensik seperti Gemini FTIR, Threat ID dan lain-lain. Lawatan teknikal turut dijalankan bagi pengumpulan data berkaitan buangan terjadual yang dihasilkan oleh premis dan memberi peluang kepada pegawai untuk mengaplikasikan pendekatan forensik di lapangan. Semoga sesi ini dapat meningkatkan kapasiti pegawai JAS dalam menjalankan siasatan dengan lebih komprehensif dan membantu mengenalpasti punca pencemaran dengan lebih cepat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup