Penerangan
10 April 2026, Lenggong - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Bahan Buangan Terjadual Sempena Minggu Aktiviti Semester 1 anjuran Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Lenggong Tahun 2026. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Alam Sekitar, En. Ts. Muhammad Muzzammil Bin Mohd Hussaimi.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran akan bahaya buangan terjadual kepada alam sekitar. Semoga program ini dapat memupuk generasi muda dalam membina sahsiah diri dan bakat kepimpinan pelajar dalam pemeliharaan alam sekitar.
Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah di atas komitmen dalam mewujudkan kesedaran alam sekitar dikalangan warga sekolah.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jasperak_april2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama