Penerangan
14 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera di sekitar Germany Residence, Ampang Hilir. Tindakan proaktif ini diambil susulan aduan orang awam bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, masyarakat diingatkan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang ini adalah amat kritikal bagi mencegah insiden pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan awam serta menjamin kualiti persekitaran yang lebih lestari buat semua.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama