PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS HAZARD 3.0 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK

JAS PERAK 21/04/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS HAZARD 3.0 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
PERAK

Penerangan

06 April 2026 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyertai operasi bersepadu OPS HAZARD 3.0 bersama agensi Pasukan Gerakan Am (PGA) dan beberapa agensi lain seperti Jabatan Imigresen Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). OPS Hazard 3.0 ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia dengan penumpuan terhadap industri pemprosesan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram. Sebanyak 6 premis yang disyaki menjalankan kerja pemprosesan buangan e-waste di Negeri Perak telah disiasat manakala risikan dan serbuan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia melalui PGA. Seramai 20 pegawai Jabatan Alam Sekitar Ipoh dan Jabatan Alam Sekitar (Cawangan Teluk Intan) terlibat dalam operasi ini yang terdiri sebanyak 4 pasukan. Hasil siasatan, premis-premis yang didapati bersalah akan diambil tindakan dibawah Seksyen 18, 19, 34A dan 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang awam diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama