PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM PSAS GO GREEN CARNIVAL 2026

JAS PERAK 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PSAS GO GREEN CARNIVAL 2026
Tahun
2026
Organisasi
PSAS
Lokasi
BEHRANG

Penerangan

07 April 2026, Behrang - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput menyempurnakan Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama sebagai simbol komitmen dalam memperkasakan agenda kelestarian alam sekitar. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kanan JAS Perak (Bahagian Operasi) iaitu Tuan Hazizi Bin Esa. Program ini bertujuan memperkukuhkan budaya kelestarian alam sekitar dikalangan warga kampus. Jabatan juga dijemput sebagai salah satu pempamer reruai dengan pameran berkaitan "Apa Itu E-Waste! dan Kesedaran Pembakaran Terbuka. Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'E-Waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”. ??E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama