Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK 2026

Oleh maizah · 21/04/2026 · 0 paparan

06 April 2026, Ipoh - Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah melaksanakan operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (Unit Peronda Lebuh Raya), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS sebagai usaha bersepadu dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan berkaitan kenderaan bermotor. Operasi dijalankan di Hentian RTC Perak Gopeng. Operasi bersepadu ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Pelaksanaan Operasi merangkumi ops statik kenderaan diesel, Ops Catat kamera video dan juga penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak 5 Notis Arahan dan 5 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi piawaian pelepasan asap hitam yang ditetapkan. Pelaksanaan Operasi Bersepadu ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara kualiti udara dan menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam penjagaan alam sekitar. JAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan dalam usaha menangani isu pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS PERAK
Lokasi
GOPENG
Fail / Media (12)
  • 20262004160316789.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160340199.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160346230.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160351652.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160356965.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160401965.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160406684.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160413543.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160419887.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160426074.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160434168.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004160441371.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS