Oleh maizah · 21/04/2026 · 0 paparan
4-5 April 2026| Ipoh - Sekitar Program Madani Rakyat (PMR) yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, pelbagai pameran daripada agensi kerajaan dan sektor swasta telah dihimpunkan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendekati rakyat serta menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat. Majlis turut diserikan dengan kunjungan KSU, NRES, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara yang merasmikan gimik dengan memasukkan sisa elektrik dan elektronik ke dalam tong pengumpulan E-waste sebagai tanda pelancaran rasmi insiatif kelastarian alam. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dibawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah mengadakan pameran dan ceramah berkaitan sisa buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) bagi memberi kesedaran dan menyokong amalan pelupusan yang bertanggungjawab ke arah gaya hidup lestari. Program ini menerima sambutan yang amat meriah serta berlangsung dengan jayanya sepanjang hari penganjuran. ??E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup