Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Pengawasan

KERJA-KERJA TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN AIR SEDIA ADA KEPADA PERALATAN BAHARU

Oleh nursyadah · 21/04/2026 · 1 paparan

14– 15 APRIL 2026, Negeri Sembilan – Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Bahagian Air dan Marin serta JAS Negeri Sembilan telah melaksanakan pengauditan dan pentauliahan peralatan baharu bagi pengawasan kualiti air sungai secara automatik di Stesen CR14N dan CR15N Sungai Muar, Negeri Sembilan. Kedua-dua stesen ini masing-masing terletak di hulu takat pengambilan air minuman di Pasir Besar dan Jelai. Aktiviti TAC ini bertujuan memastikan peralatan baharu yang telah digantikan di bawah Program Penggantian Aset (Asset Replacement Program) mematuhi spesifikasi serta skop yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi bagi Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) antara JAS dan syarikat konsesi Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. Penghasilan data kualiti air sungai yang sahih, tepat dan mewakili keadaan sebenar adalah amat penting bagi memastikan ekosistem sungai serta kegunaan berfaedah dapat dipelihara dengan baik di bawah pelaksanaan Program EQMP.

Fail / Media (4)
  • 20262004154315577.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004154321296.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004154328265.jpeg .jpeg Buka
  • 20262004154333140.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS