Oleh carolhumairah · 21/04/2026 · 0 paparan
13 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Ops Gempur di Hong Heng Motor Workshop. Operasi ini bertujuan memastikan tahap pematuhan premis terhadap piawaian alam sekitar sentiasa konsisten dan berada pada tahap yang memuaskan. Pihak pengurusan bengkel digesa untuk memberikan komitmen penuh terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pematuhan berterusan adalah amat kritikal bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang tegas, di samping memastikan pengurusan sisa minyak dan buangan terjadual dilaksanakan mengikut tatacara yang betul demi memelihara kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup