PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GERAK KEBANGSAAN 2026, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama Trafik Negeri Johor 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK KEBANGSAAN 2026, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama Trafik Negeri Johor
Lokasi
JOHOR

Penerangan

13 April 2026, Johor Bahru- Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menjalankan Ops Gerak Kebangsaan yang dijalankan dengan kerjasama Trafik Negeri Johor. Operasi yang dijalankan bermula 06 April hingga 11 April 2026 telah dilaksanakan di seluruh Daerah di Negeri Johor. Operasi yang dijalankan dengan tertumpu kepada kenderaan berenjin diesel, kenderaan berenjin petrol dan juga motosikal yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 3661 kenderaan telah dicatatkan dan 203 kenderaan telah diuji sepanjang operasi ini berlangsung. Sebanyak 30 kompaun dan 51 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada Pemilik kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.