PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR KEBANGSAAN 2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

JAS Johor 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR KEBANGSAAN 2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS Johor
Lokasi
Kluang, Muar, Batu Pahat, Pengerang dan Pasir Gudang

Penerangan

9-13 APRIL 2026, JOHOR - Operasi Penguatkuasaan Ops Gempur Kebangsaan 2026 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dilaksanakan melibatkan 9 cawangan dan unit penguatkuasaan di seluruh negeri termasuk Kluang, Muar, Batu Pahat, Pengerang dan Pasir Gudang. Operasi ini memberi tumpuan kepada pemantauan dan pemeriksaan premis industri bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 33 premis telah disiasat sepanjang operasi ini, dengan 18 premis didapati mematuhi keperluan perundangan manakala 15 premis dikenal pasti gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Susulan itu, pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk pengeluaran Field Citation, Notis Arahan, tindakan penahanan operasi kelengkapan, IP Kompaun bagi memastikan tindakan susulan yang tegas dan berkesan. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh pematuhan industri terhadap undang-undang alam sekitar di samping meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pihak industri terhadap perlindungan alam sekitar. Usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara demi kesejahteraan bersama.